La descarga está en progreso. Por favor, espere

La descarga está en progreso. Por favor, espere

UNIT 10 DASAR MORFOLOGI.

Presentaciones similares


Presentación del tema: "UNIT 10 DASAR MORFOLOGI."— Transcripción de la presentación:

1 UNIT 10 DASAR MORFOLOGI

2 HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat: > menghuraikan bentuk kata ganda dan kata majmuk > menjelaskan proses pembentukan kata > mengenal pasti kategori makna gramatikal

3 Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang diulang
atau digandakan sebahagian, seluruhnya atau disertai dengan perubahan bunyi. Penggandaan terdapat dalam kebanyakan bahasa di dunia Berdasarkan ini, kata ganda dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu : Penggandaan seluruh, sama ada kata selapis atau kata terbitan (dwilingga). Contoh : pohon-pohon, kuda-kuda, kejadian-kejadian, kegiatan-kegiatan, fikiran-fikiran… Terdapat juga kata ganda penuh yang unsur dasarnya tidak digunakan secara sendirian: mata-mata, rama-rama, anai-anai, paru-paru, ubun-ubun, kisi-kisi, kuda-kuda, langit-langit, labah-labah, agar-agar, layang-layang, kura-kura… (kata dalam golongan ini tidak dapat dianggap sebagai kata ganda)

4 Penggandaan pada akhir kata (dwiwasana) terdapat dalam bahasa Jawa
Penggandaan pada akhir kata (dwiwasana) terdapat dalam bahasa Jawa. Kata cengengesan (selalu tertawa) terbentuk daripada kata cenges (tertawa) Penggandaan morfem dasar hingga tiga kali (trilingga) seperti kata dag-dig-dug, cas-cis-cus, ngak-ngik-nguk… Penggandaan berirama (dwilingga saling suara), berlaku pada seluruh kata. Yang mengalami perubahan ialah suku kata salah satu unsur penggandaan, yang mewujudkan kesan rima pada aliterasi vokal atau konsonan. Contoh : gerak-gerik, bukit-bukau, huru-hara, sayur-mayur, batu-batan, lauk-pauk, bolak-balik, mundar-mandir…

5 Penggandaan separa atau penggandaan suku kata pertama yang
terjadi pada kata nama dua suku kata (dwipurwa). Contoh : tetangga, tetamu, leluhur, tetirah, lelaki, lelabi, tetuan, jejari, pepohon, peparu, pepatah, tetikus…

6 Penggandaan kata dasar terjadi pada kata kerja terbitan, kata adjektif, kata nama dan kata bilangan. Imbuhan tidak diulang sama sekali. Contoh : bermanja-manja, bermeter-meter, berton-ton, tarik-menarik, melihat-lihat, terkebil-kebil, dibelek-belek, sedalam-dalam, setinggi-tinggi, seadil-adil, tanam-tanaman (tanaman-tanaman), tumbuh-tumbuhan (tumbuhan-tumbuhan), berdua-dua, keempat-empat…

7 KATA MAJMUK Kata yang terhasil daripada proses penggabungan morfem dasar, sama ada morfem bebas atau morfem terikat sehingga mewujudkan konstruksi leksikal yang berbeda atau makna baharu. Contohnya jam tangan ialah kata majmuk yang terdiri daripada kata jam dan tangan. Makna jam tangan berbeda daripada makna jam dan tangan yang menjadi komponennya Kata majmuk terdapat dalam banyak bahasa di dunia: > BM: air mata, cantik jelita, buang air > BA: akhirulkalam, malaikatulmaut, hajarulaswad > BI: blackboard, bluebird, whitehouse

8 Kata majmuk sangat produktif dalam BM
Kata majmuk sangat produktif dalam BM. Kewujudannya untuk menjawab pelbagai persoalan. Misalnya, untuk memerihalkan konsep lembu kecil atau lembu yang belum dewasa, disebut anak lembu (pedet- bahasa Jawa, calf bahasa Inggeris. Konsep ini diperluas pada anak sungai, anak kunci, anak tangga, anak gadis, anak dara… Untuk menyatakan sesuatu yang menyerupai yang lain, digabungkan kata itu dengan kata yang dijadikan perbandingannya. Misalnya, merah hati yang bermakna merah seperti warna hati, truk raksasa bermakna truk besar yang melebihi ukuran biasa, jalan tikus yang bermakna jalan kecil yang sukar dilalui kereta, iaitu jalan pintas

9 Untuk menyatakan sesuatu yang diperbuat daripada yang lain, digabungkan kata itu dengan kata yang menyatakan bahannya. Misalnya almari kayu, bermakna almari yangh diperbuat daripada kayu, sate arnab bermakna sate yang berupa daging arnab Untuk menyatakan sesuatu yang berguna bagi yang lain, digabungkan kata itu dengan kata yang menyatakan barang itu. Misalnya peti ubat, bermakna peti untuk menyimpan ubat, wang belanja, bermakna wang untuk perbelanjaan harian, kereta pejabat bermakna kereta untuk kegunaan rasmi jabatan.

10 Kata majmuk boleh berfungsi sebagai kata nama majmuk (matahari), kata kerja majmuk (mengemas kini), kata adjektif majmuk (sunyi sepi), kata sendi majmuk (daripada), kata penghubung majmuk (bagaimanapun), adverba majmuk (begini, begitu) Kata majmuk boleh dibentuk daripada kelas kata yang sama atau kelas kata yang berbeda. Contoh: KN + KN (janji temu, tali leher), KN + KK (air terjun, beg galas), KA + KN (setiausaha, perdana menteri), KK + KK (lalu lintas, ambil alih), KK + KN (reka bentuk, uji kaji), KN + KA (temu janji, urus setia)

11 CIRI KATA MAJMUK Kata yang memilki makna baharu yang bukan merupakan gabungan makna unsurnya. Misalnya, misai kucing yang bermakna sejenis tumbuhan dan mata lembu yang bermakna telur yang digoreng dengan tidak dihancurkan ialah kata majmuk > Misai kucing yang merujuk misai yang ada pada kucing, dan mata lembu yang merujuk mata yang ada pada lembu, itu bukanlah kata majmuk > Matahari dan mata hati ialah kata majmuk kerana tidak memiliki makna sebenarnya, tetapi mata kanan dan mata kakak tidak boleh dianggap kata majmuk kerana memiliki makna sebenarnya, iaitu alat (pancaindera) untuk melihat pada manusia atau binatang

12 Unsur pembentukan kata majmuk tidak dapat disisipkan unsur lain dengan tidak merosakkan komposisinya, dan unsur tersebut tidak dapat diubah tempatnya > Abang mandi bukanlah kata majmuk kerana antara unsur itu dapat disisipkan kata lain. Misalnya, abang sedang mandi, dan stuktur itu juga dapat diubah menjadi mandi abang > Kamar mandi ialah kata majmuk, kerana antara unsur kamar dan mandi tidak boleh disisipkan unsur lain, seperti kamar sedang mandi, dan tidak dapat diubah menjadi mandi kamar > Daya juang ialah kata majmuk kerana memenuhi kriteria di atas

13 Kata majmuk jika komposisi leksikal itu sudah berobah daripada identiti leksikal unsurnya. Contohnya: > Bentuk lalul lintas yang mempunyai unsur lalu yang berkategori kata kerja dan lintas unsurnya yang juga kata kerja. Namun, lalu lintas tidak lagi berkategori kata kerja, melainkan kata nama, seperti dalam ayat lalu lintas di Kuala Lumpur kini amat menyusahkan

14 Kata majmuk jika kedua-dua unsurnya tidak bersifat sintaksis
Kata majmuk jika kedua-dua unsurnya tidak bersifat sintaksis. Contohnya: > matahari, bumiputera, daya juang. Kata majmuk ini tidak dapat dikatakan matanya hari (bandingkan dengan mata kakak: matanya kakak), bumiputera tidak dapat dikatakan bumi milik putera (bandingkan dengan bumi kita:bumi milik kita), dan daya juang yang tidak mungkin dikatakan daya untuk berjuang

15 Kata majmuk harus tetap berstatus kata, dan dibedakan dengan idiom kerana kata majmuk berkonsekan sintaksis, sedangkan idiom berkonsepkan makna. Contohnya: > anak dagang (bukan orang asal sesuatu tempat), cirit paha (sangat tua), patah kemudi (hilang ketua) tidak dapat dianggap sebagai kata majmuk > walau bagaimanapun, terdapat juga idiom yang dapat dianggap sebagai kata majmuk, seperti mata lembu, meja bulat, baju sejuk, rumah kuning kerana memenuhi kriteria kata majmuk

16 MODIFIKASI INTERNAL Dikenali juga dengan nama pernambahan/perubahan internal, yang bermaksud proses pembentukan kata dengan penambahan unsur (yang biasanya vokal) ke dalam morfem berkerangka tetap (yang biasanya konsonan) Misalnya dalam bahasa Arab, terdapat morfem dasar berkerangka k-t-b (tulis). > kataba = menulis, yaktubu + sedang/akan menulis, maktu:b = yang ditulis, maktab = pejabat, maktabah = perpustakaan/toko buku, kita:b = buku, ka:tib = penulis/setiausaha Contoh di atas menunjukkan bahawa kerangka k-t-b tetap wujud dengan pelbagai perubahan yang bersifat derivatif, kerana makna identiti leksikalnya sudah berbeda

17 Contoh modifikasi internal dalam bahasa lain
> Bahasa Inggeris mouse (singular) mice (plural) tikus foot feet kaki louse lice kutu > Bahasa Belanda bijten (kini) beet (lampau) menggigit dragen droeg memakai/ menggunakan stelen stal mencuci

18 Bahasa Islandia ber (kini) bar (lampau) saya membawa gef gaf saya memberi kys kaus saya memilih tek tok saya mengambil Modifikasi internal yang amat ekstrem kerana ciri bentuk dasarnya tidak tampak lagi. Bentuk dasar itu berubah secara total. Misalnya, bentuk kala lampau dalam BI go menjadi went, atau kata kerja be yang menjadi was dan were, juga bentuk must yang menjadi had to

19 PEMENDEKAN Proses penanggalan bahagian leksem (unit minimum seperti kata atau kata dasar dalam kosa kata sesuatu bahasa) atau gabungan leksem sehingga menjadi satu bentuk singkat, tetapi maknanya tetap sama seperti makna bentuk utuhnya. Hasil proses ini dinamakan kependekan, yang merangkumi penggalan, singkatan dan akronim. Penggalan ialah kependekan yang berupa pengekalan satu atau dua suku kata pertama daripada bentuk asalnya. Misalnya lab (laboratorium), dok (dokter), perpus (perpustakaan).

20 Singkatan berupa: > Pengekalan huruf awal leksem atau gabungan leksem, seperti kg (kilogram), km (kilometer), UPM (Universiti Putra Malaysia), ADUN (ahli dewan undangan negeri), RS (rumah sakit), KA (kereta api)… > Pengekalan beberapa huruf daripada leksem, seperti hlm (halaman), dsb (dan sebagainya), dll (dan lain-lain), dgn (dengan) > Pengekalan huruf pertama, digabungkan dengan angka, misalnya P3 (peringkat tiga), P3AB (projek percepatan pengadaan air bersih) > Pengekalan dua, tiga atau empat huruf pertama leksem, misalnya Feb (februari), Abd (Abdul), Ny (nyonya) > Pengekalan huruf pertama dan huruf akhir leksem, misalnya Ir (insinyur), Fa (firma), Pa (perwira), Dr (doktor)

21 Akronim ialah kata yang terbentuk daripada huruf awal kata dalam sesuatu frasa, pengekalan suku kata dan gabungan leksem. Singkatan kata itu ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Misalnya ABRI (Angkatan Bersenjata Republik Indonesia), Gapena (Gabungan Penulis Nasional, ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia), kugiran (kumpulan gitar rancak), wakuncar (waktu kunjung pacar), UMNO, MESTI, KEJORA, ASEAN, PORTUGAL, PAS, ASAS 50, BERNAMA, INTAN, GERAKAN, IPTAR, LUTH, PROTON, CHOGM… Pemendekan merupakan proses yang cukup produktif dalam semua bahasa.

22 BI : UK (United Kingdom), UNO (United Nation Organisation), GMT (Greenwich Mean Time), SOS (save our soul), radar (radio detecting and ranging), VOA (voice of America) B Latin: CS (cum suis), bccit (boco citato), op.cit (opera citato), a.i (ad interim), A.C (Anno Chrish) BP : s.v.p (s’il vous plait), p.f (pour felicier), p,f.v (pour faire visite) BB : PK (paardenkrach), jl (jongsteden), b.v (bijvoorbeeld), BW (Burgelijk Wetboek)

23 PENAMBAHAN jung + kit jungkit ung + kit ungkit
Memberikan penambahan kepada kata akar satu suku kata. Contoh: Penambah bu yang bermaksud sesuatu yang berbentuk bulat atau seumpama dengannya bu + lat bulat bu + kit bukit bu + jur bujur bu + luh buluh bu + lan bulan bu + sut busut bu + ih buih bu + tir butir bu + sung busung bu + bu bubu Penambah kit yang bermaksud naik ke atas bang + kit bangkit ra + kit rakit jung + kit jungkit ung + kit ungkit

24 ANALOGI Bentuk tatabahasa dan leksikal yang berobah disebabkan oleh
pengaruh pola seragam lain dalam bahasa, iaitu bentuk yang sudah lazim digunakan. Contoh: jurumudi: jurubayar, jurubicara / cakap, jurukamera, jurukira, jurumasak, juruselam, jururunding, jurubahasa, jurupusaka… tatabahasa: tatakrama / adab, tatabahana, tatabusana, tatacahaya, tataniaga, tatasurya, tatawarna, tatahidup, tataguna, tatausaha, tatalaksana, tatanegara, tatacara… lelaki: cecair, sesendi, pepenjuru, pepejal, cecincin, gegelang, rerama… tunasusila: tunaaksara (buta huruf), tunabusana (telanjang), tunadaksa (cacat tubuh), tunaganda (jamak cacat), tunakarya (penganggur)tunalaras (cacat suara dan nada), tunarungu (tuli),tunagrahita (cacat fikiran), tunanetra (buta), tunawicara (bisu), tunawisma (gelandangan)… prasangka: pralahir, prameswari, prakala, prakarsa, prakonsep, pradesa, pradini, prakata, prakarya, praseminar, prasejarah, prawacana, prasyarat…

25 PEMBERIAN MAKNA KHUSUS
Kata umum diberikan makna khusus sehingga menjadi istilah, iaitu kata atau gabungan kata yang mengungkapkan makna konsep, proses, keadaan atau sifat yang khas dalam bidang tertentu. Contoh: surih: gores, garis, bekas, jejak atau kesan yang dilalui siput atas daun pisang surih: menyurih peta (istilah Geografi) rumah: bangunan untuk tempat tinggal rumah: rumah duka, rumah judi, rumah panas, rumah adat, rumah busana, rumah bicara, rumah panjang… (istilah sosial) morfologi: struktur bahasa yang mencakup kata dan bahagian kata (istilah Linguistik) morfologi: ilmu tentang bentuk luar dan susunan makhluk hidup (istilah Biologi) morfologi: struktur luar batu batan dan hubungannya dengan ciri topografi (istilah Geografi)

26 PROSES PENCIPTAAN Proses pembentukan kata baharu daripada unsur morfologi yang sedia ada, secara sengaja atau berdasarkan kiasan. Contoh: kiwi: Burung sebesar ayam jantan yang bersayap kecil, tetapi tidak dapat terbang, berbulu seperti rambut dan terdapat di Australia kiwi: Jurupetak dalam perahu; orang yang menyewa ruang perahu kiwi: Jenama pengilat kasut Contoh lain: fab, breeze, ajinomoto

27 PELEBURAN FONEM DAN SUSU KATA
Percantuman unsur linguistik atau penggabungan bunyi bahasa atau kata. Kata itu digabungkan menjadi satu dengan meleburkan fonem atau suku kata yang sama Suku kata ialah satu struktur yang terdiri daripada fonem atau urutan fonem. Contoh: meN + salin menyalin meN + sasar menyasar meN + suci menyuci meN + kagum mengagum beR + rantai berantai beR + rakit berakit beR + rentetan berentetan

28 PELUASAN KATA Proses meluaskan kata atau frasa dengan meluaskan konteks penggunaannya. Contoh: bikini: Nama sebuah pulau di lautan Pasifik Barat bikini: Pakaian renang wanita yang hanya terdiri daripada celana dalam, dan kain penutup payu dara (menara mutiara) monokini: Celana renang wanita

29 PINJAM TERJEMAH Peminjaman kata atau frasa yang melibatkan penerimaan sepenuhnya pola tatabahasa dan maknanya, tetapi unsurnya digantikan dengan bunyi dan morfem bahasa sasaran dan / atau bahasa pinjaman. Contoh: bound morpheme morfem terikat yellow culture budaya kuning honey moon bulan madu network jaringan balanced budget anggaran berimbang status quo (Latin): keadaan yang sedia ada tanpa perubahan) esprit de corps (Perancis): semangat setiakawan dalam kumpulan ceteris paribus (Latin): faktor lain tidak berubah

30 PEMINJAMAN KATA Penerimaan unsur daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran melalui pertembungan atau peniruan Peminjaman ini dilakukan secara terancang dan tidak terancang. Secara tidak terancang termasuklah hubungan sosial, migrasi, penaklukan, mubaligh dan peminjaman antara dialek Peminjaman terancang termasuklah peminjaman budaya, peminjaman akrab dan peminjaman rinci Bahasa sumber mungkin terdiri daripada bahasa sekeluarga atau bahasa asing

31 bahasa Jawa / Indonesia gambut nyeri gawai luah ayu langsing
BAHASA SEKELUARGA bahasa Jawa / Indonesia gambut nyeri gawai luah ayu langsing lodeh lontong sarapan soto sumber tempe

32 BAHASA ASING SANSKRIT: bahasa, cerita, dosa, duka, neraka, raja, suka, syurga, pujangga, penjara, puspa, purbakala… INGGERIS: bas, basikal, enjin, kapten, kek, komputer, motokar, profesor, radio, televisyen, tiket… ARAB: adil, faham, fikir, hormat, insan, kitab, muzakarah, nikah, rujuk, sopan, ustaz, waris, wasiat… BELANDA: fungsi, integrasi, kamar, kontan, lapor, rasionalisasi, resensi, standardisasi, tradisi, variasi… CHINA: cawan, cincau, duit, kuaci, laici, pangkin, taucu, tauhu, teh… PARSI: cokmar, gandum, kelasi, kismis, mohor, nafiri, nobat, pasar, saudagar, serunai… PORTUGIS: almari, bangku, baulu, beranda, bomba, kemeja, lampu, meja, tembakau, tinta… TAMIL: bagai, helai, mandur, muruku, nilam, kati, kerani, ketumbar, sari… THAI: menora, rambong, tomyam, wat…

33 PELUASAN MAKNA Proses meluaskan makna kata atau frasa dengan meluaskan konteks penggunaannya. Contoh: belayar: - memakai layar - mengharungi lautan dengan kapal / perahu - tidur dengan lena - meninggal dunia dara: - anak perempuan yang belum kahwin; gadis; perawan, keperawanan - ternakan betina yang berumur lebih daripada satu tahun dan belum pernah beranak atau bertelur, meskipun telah bunting - burung merpati (columba domestica) - dara laut = burung camar

34 PENYEMPITAN MAKNA Proses menyempitkan makna kata atau frasa dengan menyempitkan konteks penggunaannya. Contoh: tuan: - orang tempat mengabdi - orang yang memberikan pekerjaan; majikan - orang laki-laki yang patut dihormati - wanita bangsawan - kata ganti nama kedua lelaki dan perempuan puan - tempat sirih emas atau perak - isteri datuk - nyonya (lawan tuan) - kelapa yang enak isinya, dan mudah hancur - cairan susu asli (kambing, sapi) - wanita yang patut dihormati

35 PERUBAHAN MAKNA Perubahan makna kata yang boleh berupa peluasan, penyempitan, atau pengalihan, dan positif atau negatif. Contoh: hamba: - abdi, budak suruhan - kata ganti pertama (merendah diri) khalwat - mengasingkan diri di tempat sunyi untuk bertafakur; beribadah - berdua-duaan lelaki perempuan yang bukan muhrim di tempat sunyi atau tersembunyi patik - budak belian, hamba tebusan - kata ganti diri ketika menghadap raja - anak anjing contoh lain: gerombolan, wisma, berahi, mengancam…

36 MORFOFONEMIK Kajian tentang peristiwa perubahan fonem akibat pertemuan morfem dengan morfem yang menghasilkan kata, dan kata dengan kata yang menghasilkan frasa Morfofonemik dapat dibahagikan kepada dua, iaitu : morfofonemik kata morfofonemik frasa Morfofonemik kata ialah perubahan fonem akibat pertemuan morfem yang mewujudkan kata. Contoh : me + tari = menari me + tulis = menulis me + sayang = menyayang me + suci = menyuci

37 kata yang diikuti kata lain yang mewujudkan frasa Contoh :
Morfofonemik frasa ialah perubahan fonem akibat satu kata yang diikuti kata lain yang mewujudkan frasa Contoh : putito = telur mohutodu = busuk putitaa mohutodu = telur busuk

38 MORFEM DAN MAKNA GRAMATIKAL
jumlah: Banyak bahasa yang membedakan kategori tunggal dengan jamak (BI) dan kategori dualis (BA). Contohnya student (students), class (classes), muslimun (seorang muslim), muslima:ni (dua orang muslim), muslimu:na (orang-orang muslim) jenis: Imbuhan pada kata nama atau kata adjektif menunjukkan kategori maskulin atau feminin. Contohnya (BA), kabi:run (besar)- maskulin, kabi:ratun (feminin), jadi:dun (baru) – maskulin, jadi:datun (feminin). (BS) la mujer buena (wanita itu baik), el hombre bueno (pria itu baik). (BP) le chapeau (topi) maskulin, la chapeau (topi) feminin, noir (hitam) maskulin, noire (hitam) feminin)

39 MORFEM DAN MAKNA GRAMATIKAL
milik: Milik dinyatakan dengan afiks. (BM) terdapat penanda milik ku, kau, mu, dan nya. Contohnya rumahku, kasutmu, bukunya… Milik juga dinyatakan dalam bentuk yang lain seperti kasut emak, susu adik, bank negara… kala: Waktu terjadinya suatu perbuatan, lampau atau akan datang. (BI) dinyatakan dengan afiks. Contohnya walk/walks, walked, have walked, be walking; talk/talks, talked, have talked, be talking… (BJ) berjalan arukimasu (sekarang), arukimasita (lampau), pergi ikimasu (sekarang), ikimasita (lampau), datang kimasu (sekarang), kimasita (lampau), masuk hairimasu (sekarang), hairimasita (lampau)

40 MORFEM DAN MAKNA GRAMATIKAL
aspek: Kategori makna seperti kontinuatif (perbuatan terus berlangsung), progresif (perbuatan sedang berlangsung), inseptif (perbuatan baru bermula), sesatif (perbuatan sudah selesai), repetitif (perbuatan berulang-ulang). (BM) memukuli, mencubiti, menembaki, menciumi, berguguran… diatesis: Hubungan antara pelaku dengan perbuatan. Aktif (jika subjek yang melakukan perbuatan), pasif (jika subjek menjadi tumpuan perbuatan), refleksif (jika subjek berbuat atas dirinya sendiri), resiprokal (jika subjek lebih daripada satu berbuat berbalasan), kausatif (jika pelaku menjadi penyebab perbuatan), transitif (jika perbuatan bertujuan), dan songsang (jika predikat atau bahagian predikat dipentingkan). Contohnya (BM) mencukur, memotong dicukur, dipotong, bercukur, berhias, berpelukan, memasuki, memasukkan…

41 MORFEM DAN MAKNA GRAMATIKAL
orang: Kategori makna seperti orang pertama (pembicara), orang kedua (lawan bicara atau pendengar), orang ketiga (yang dibicarakan). Contoh bahasa Swahili (Afrika Timur) menggunakan afiks, wamempiga (mereka telah memukulnya), tumempiga (kami telah memukulnya), nimempiga (saya telah memukulnya), umempiga (kamu telah memukulnya), amempiga (Ia telah memukulnya) modus: Suasana psikologi suatu perbuatan seperti yang ditafsirkan oleh pembicara. Modus indikatif atau deklaratif (sikap objektif atau neutral), optatif (harapan), interogatif (pertanyaan), kondisional (persyaratan), dan imperatif (perintah). (BM) sila, jangan, usah… (bahasa Jawa) tulisen (tulislah), bakaren (bakarlah), simpenen (simpanlah), ajaren (ajarlah), sapunen (sapulah), jaganen ( jagalah), tatanen (aturlah), godhanen (godalah)…

42 KESIMPULAN Dari segi bentuk, kata terdiri daripada kata akar, kata dasar, kata selapis, kata terbitan, kata ganda dan kata majmuk Pembentukan kata dapat diperjelas berasaskan kegramatisan, pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan, modifikasi internal, pemendekan, penambahan, analogi, pemberian makna khusus, penciptaan, peleburan fonem dan suku kata, peluasan kata, pinjam terjemah, peminjaman kata, peluasan makna, penyempitan makna dan perubahan makna Makna gramatikal bermacam-macam bergantung pada perbedaan bahasa dan warna makna, pemilihan sarana atau alat pengungkap makna, dan lainnya

43 Wahai anakanda pegang nasihat pandailah menjaga hati sahabat
MADAH PUJANGGA KEGAGALAN IALAH JALAN MENUJU KEJAYAAN DAN KEJAYAAN BUKAN UNTUK DITUNGGU TETAPI DIRENCANAKAN Wahai anakanda pegang nasihat pandailah menjaga hati sahabat kebaikan orang hendaklah ingat supaya hidup beroleh manfaat


Descargar ppt "UNIT 10 DASAR MORFOLOGI."

Presentaciones similares


Anuncios Google